Tips CANTIK SIHAT buat pengguna Contact Lens


Assalamualaikum..


Sapa dekat sini nak cantik? Ce angkat tangan macam saya! Angkat tangan hey angkat tangan! Hehe. Btw suka ayu nak quotes balik kata-kata Hakak Sitiawe 

Cantik tu kena seiring dengan ceqedik
Hoho..Pedas tak rasa? Ka rasa cam sweet sour gitu ja? Hehe. Takpa la tak kisah apa pandangan masing-masing tentang kecantikan ni, Ayu tak ada hak pun nak pertikaikan pandangan masing-masing, insyaAllah kita cuba meraikan pendapat semua ya dok (: 

Lately Ayu rasa macam banyak plak qetis or sapa-sapa ja la yang nak glamor sikit buat brand Contact Lens sendiri. Jeng2.. Salah ka salah? Tak salah kalau betul produk yang uolls jual tu dijamin SELAMAT. Camna nak tahu selamat ka dak? Haa.. Tak payah pikiaq jauh, ambek contoh yang paling dekat sudah. Apa beza packaging yang uolls dapat bila beli lens dekat Optic Shop dengan lens yang uolls beli On9? 

Kadang-kadang tu sedih bila tengok orang sekarang mudah sangat percaya bila bercakap soal kecantikan. Jual la apa mak nenek pun insyaAllah laku bila namanya untuk tujuan kecantikan. Hati-hati, jangan sampai nanti stress p pusat serenti. Hehe. Tapi as #optomtobe (*insyaAllah doakan saia) quite a lot la kes yang berkaitan dengan corneal infections due to contact lens wear yg ayu jumpa. Tak salah nak cantik, tapi tu laa... ada hikmah kenapa Allah jadikan begitu dan begini (: Cuba untuk bersyukur dan terima seadanya, jangan sampai memudaratkan diri ya anak-anak. 

Meh ayu kongsikan tips bila nak pakai lens. Paling paling paling penting! Kena dapatkan nasihat dan pemeriksaan mata dahulu sebelum simplysiti nak pakai lens. Lain mata lain requirements dia tao. Pakai lens ni ibarat pakai kasut. Ada kesan dak kalau uolls pakai kasut ketat? *Sakit weyhh terbayang kulit terkoyak sebab melecet kasut ketat. Haaa. See..pakai kasut pun kita demand nak yang selesa, tak nak ada parut yang physically kita nampak, inikan pulak mata kita, even tak nampak dengan mata kasar, tapi kat dalam dia luka terok tao dak? Oyemgii... sayangilah mata anda. Sori sis terEmo plak.Heee

Tips dia :

1. Basuh tangan anda dengan sabun dahulu, make sure segala kotoran dosa yang melekat tu hilang.Melawak ja. Hehe. Tapi betoi la, kena cuci tangan tu elok-elok. Bukan basuh biasa saja tao, sekali dengan sabun ok (:

2. Untuk first time wearer, means lens masih baru dari bekas, baru ja koyak casing dia, boleh bilas dengan SALINE saja. Tak perlu MPS pun tak pa. tapi jangan mudahkan benda yang dah sedia mudah, AIQ PAIP/SINKI dilarang sama sekali yaaa 




Related image
Ni MPS (Multipurpose Solution). Function dia 2 in 1. CUCI + BILAS. So untuk mata yang tak sensitip, cukup pakai yang ni untuk cuci lens hampa. Tak perlu saline lagi dah. so depends on mata masing-masing. Sebab benda ni macam sabun, so dy quite pedih untuk yang tak tahan. 

Image result for saline

Ni Saline. Function dia untuk bilas sahaja.Bukan MENCUCI. Menggantikan aiq paip. Aiq yang sterile, suci bersih.InsyaAllah selamat

3. Cara cuci lens : First, titikkan MPS tak kisah banyak mana pun asalkan kau bahagia kat atas surface lens tu. Then, rub dari tengah dan tarik jari hampa sampai ke hujung lens time cuci tu. Bukan setakat tonyoh2 biasa, kena rub betoi2.. Tapi jangan la sakan sangat sampai koyak lens tu.Haha. Sunggoh benor tu. Guna jari telunjuk la nak senang time cuci. Make sure kuku pendek eh.Hehe. Relax brother brother relax, tu baru sebelah side, terbalikkan and ulang step yang sama untuk the other side. So that dua2 surface tu bersih ok

4. Bilas dengan Saline lepas dah puaih hati kata dah cuci. Then tadaaa! Boleh la masukkan dalam mata hampa ^^ Lihatlah duniaaa..Saya dah cantik.Hohoo. 

5. Lepas dah pakai, ulang step 3 dengan penuh kasih sayang untuk simpan lens tu dalam casing. Rendam lens anda dengan MPS ok. sekali lagi diulang, MPS. Bukan aiq paip, bukan saline, dan jugak bukan aiq sembahyang. Make sure betul2 terendam tao, jangan hampa ja yang seronok berendam. Hehe. 

Image result for contact lens casing
Casing ni pun hampa kena cuci daki-daki keliling dia dengan contton buds+MPS/Saline. And aiq rendaman MPS dalam tu kena salin SETIAP HARI walaupun ada hari yang hampa tak pakai lens tu

6. Ulangi step 3-5 setiap hari kalau hampa nak pakai lens hampa tu (: 
Apa tujuan Ayu dok meratoih banyak-banyak ni? Sebab nak elak infections laaa. Lagi mao tanya ka sis bro. Satgi mesti ada yang cakap, alaa aku tak buat camtu mata aku helok ja. Haa kena sekali baru ada akai sis. So better mencegah dari merawat. Sebab mata kita tak ada juai kat kedai or pasaq malam macam Mail juai ayam 2 seringgit. So the best solutions is, nak cantik kena seiring dengan ceqedik. Haa gittew.hehe. 

Ok insyaAllah next entry ayu kongsi tips camna nak bahagia plak.. Ehhh.. Haha. Tak dak aih.kita gurau jaa. >.< 

Kalau dah faham boleh pakat-pakat kongsi. Kalau tak paham boleh keloi tanya kami. Kami sedia membantu! 

Ilalliqa' 

Comments

Popular Posts