laluan kerjaya

Assalamualaikum..

sihat? harusla sihat-sihat blako deh kawan2 ayu nah ^_^ ayu baru habeh final. yeargh! part4 dah berakhir, sem 5 dan 6 plak yang menanti.. hm, xsabaq plak nak bagi habeh. lepas ni? ayu nak sambung apa plak ek? malu nak habaq, rasa cam xlayak ja nak sambung blajaq tinggi2. haha. tapi xkan la nak blajaq sekerat jalan plak kan, so bak kata jiran ayu sorang ni, dy dok suwuh ayu blajaq selagi mana ayu ada keinginan nak blajaq, maksudnya jangan pernah berhenti azam nak sambung ngaji belajaq tinggi-tinggi nuh.. tu la maksud dy. hehe. k, cik maa, angah ingat aih. arigato. (:

ayu saja dok cari-cari pasai kos yang ada untuk budak diploma sains yang orang cakap skema ni untuk sambung stdy. bukan cari pasai nak gadoh nah, cari tentang, maksud ayu.. haha. tapi ayu cari pasai engineering dan yang sewaktu dengannya. =P jangan tanya ayu pasai bio nah, sebab selera makan untuk bio xmy lagi. hehe. nanti2 kot ayu terbuka hati nak minat bio balik, ayu cita len nah kat kawan-kawan suma. btw, ni pn copy paste ja, ya la, ayu bukan qajen nak wat research pastu nak terbit buku plak =.='' tunggu ayu dapat title ir nanti nah baru ayu buat buku kat hampa semua tao. hehe. berangan sat 2 saat.


Kejuruteraan Awam

Kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam merangkumi tugas mengenalpasti dan memenuhi keperluan masyarakat, sama ada pada skala kecil (projek luar Bandar) atau berskala antarabangsa (membina janakuasa elektrik).

Tugas seorang Jurutera Awam pada sesebuah projek membabitkan:
-  Menganalisis dan mengenalpasti keadaan  tapak cadangan projek
-  Konsultasi dengan masyarakat setempat tentang tapak cadangan projek
-   Perbincangan mengenai plan projek dengan arkitek atau jurutera perunding
-   mengambilkira kesan projek terhadap alam sekitar projek
-   mengemukakan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh sesuatu projek.
-   merekabentuk sesebuah projek
-   mengawasi kualiti pembinaan sesebuah projek
-   mengawasi perbelanjaan sesebuah projek


Kejuruteraan Mekanikal
Tugas seorang Jurutera Mekanikal tertumpu dalam organisasi perindutrian yang membabitkan pembuatan peralatan mekanikal atau alat ganti peralatan mekanikal.  Tugas seoarang Jurutera mekanikal membabitkan:-
-    merekacipta produk baru atau merekacipta semula produk sedia ada
-    menyelia proses pemasangan alatan
-    membina dan memasang mesin baru atau mengubahsuai peralatan yang sedia ada untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran

Kejuruteraan Kimia
Jurutera bidang ini mempraktikkan penggunaan sains kimia.  Ahli Kimia dan jurutera berganding bahu dalam makmal penyelidikan untuk memajukan produk kimia seperti sabun pencuci, ubat-ubatan, plastik, fabrik di samping memajukan proses untuk menghasilkan barangan ini.

Jurutera kimia kemudian menyesuaikan operasi berskala kecil yang dijalankan dalam makmal kepada pengeluaran industri dan komersil berskala besar.  Mereka juga bekerja di bahagian jualan teknikal, pemasaran, personel, kewangan, pengajaran dan sebagainya.

Tugas seorang Jurutera Kimia membabitkan:
-   mentafsir dan menganalisis kertas kawalan mutu yang ditulis oleh jurutera penyelidik.
-   Merekacipta dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada.
-   menentukan kaedah yang paling berkesan bagi pengeluaran bahan kimia


Kejuruteraan Elektrik.

Kejuruteraan elektrik melibatkan setiap ciri kehidupan moden.  Jurutera elektrik berhubung rapat dengan pelbagai bentuk aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, rekebentuk, pengeluaran, pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih peralatan, komponen dan sistem elektrik.
          
Tugas seorang Jurutera Elektrik membabitkan:
-  terlibat dalam tugas-tugas yang bersangkutan dengan system yang menjana, mengeluar, mengagih, mengawal dan menggunakan elektrik.
-  merekacipta dan pembikinan berbagai jenis peralatan elektrik
-  menguji perkakas, menyelesai masalah operasi.
-  menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.



agak-agak yang mana ayu minat? ce teka ce teka. hehe. minat pun kalau tak pulun stdy xpayah nak perasan la nak dapat. haha. kan kan kan? kalau untuk student UiTM di hatiku macam ayu ni nak lepaih salah satu kos di atas dan sambung dekat bumi ungu ni jugak, cgpa atleast 2.75.. syarat minimum.. so? >.<  haa, satu lagi syarat dy, dy kata jangan rabun! sebab nak kena buat kerja amali natang apa xtao.. omg, jom tutp laptop la.. haha. pulunss..  jaga mata ayu nah, jangan dok korea sangat =.=''

tatsat ni ayu jadi sedih sat.. tap tap.. bila pikiaq pasai spm ayu dulu.. hm.. maybe ni jalan yang Allah dah tetapkan untuk ayu dan ayu sendiri yang pilih, xdak sapa yang suruh dan xdak sapa jugak yang larang. nasib ayu maybe xsama macam kawan-kawan yang dah sambung degree pun la ni. dan yang paling best bila ada dalam kalangan kawan-kawan ayu yang fly (': ayu terlambat dari depa, sebab mereka-mereka berlari, tapi ayu still berjalan lagi.. xpa la, even merangkak pun, ayu nak jugak duduk sebelah kalian-kalian semua time kita reunion nanti-nanti ni, as salah sorang student madjiwa yang berjaya jugak, walaupun step ayu lambat dari kalian-kalian semua.. (: insyaAllah.. tunggu tao. k, xmao sedih-sedih dah, "the power of mind set"... ayat semangat dari ketua optima ayu dulu. thanx kawan.. (:  ok semua, semoga input yang ayu bagi ni, xsikit banyak boleh la tambah ilmu kalian-kalian nah. ayu pun baru tao sikit-sikit lepas dah baca ni. hehe. k semua, ilalliqa' .. wassalam..

Comments

Popular Posts