random

Assalamualaikum..

ibu : angah,apa maksud testimoni? 
ayu : xtao gak.tak silap bukan macam eksperimen ka? orang hat dijadikan bahan eksperimen,test tu la kot.tak pun yang berkaitan dengan eksperimen ni.tak sure la ibu.


testimony

testimoni, keterangan lisan, tanda, bukti, saksi, pengumuman, pemberitahuan.

ayu : ibu,kalau orang tu dah meninggal kan,lepas tu dia tak sempat nak ganti posa dia,kita yang hidup ni boleh dak ganti ramai-ramai? maksud angah macam arwah maklang dulu kan,tok dengan adek beradik ibu pakat ganti sorang sikit ka?
ibu : masa arwah maklang dulu,rasanya tok bayaq fidyah kot.yang ganti posa tu ibu tak ingat plak.maybe boleh kot ganti sorang sikit.ibu tak arif sangat la sayang.



Saya ada kemusykilan mengenai bab puasa, ibu sahabat saya telah meninggal 3 tahun lepas, tetapi telah sakit dan uzur 2 tahun sebelumnya dan tidak larat utk puasa. Persoalannya ialah:
1. Jika anak-anak mahu menggantikannya, bolehkah dibahagi-bahagikan contohnya 60 hari dibahagi kepada 6 orang anak, yakni setiap seorang ganti 6 hari?
2. Jika kita bayar fidyah? Adakah anak-anak masih kena puasa juga? Yakni bayar fidyah+ganti puasa? Atau hanya perlu membayar fidyah dan tidak perlu ganti puasa.
Diharapkan panel al-ahkam dapat memberikan sedikit pencerahan.
wassalam
jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.
Qadha’ puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia ini ada 2 keadaan :-
a. Seseorang yang belum sempat mengganti puasanya oleh kerana dia berada di dalam keuzuran ketika itu seperti sakit, atau musafir, maka jumhur ulama’ mengatakan, dia tidak memikul apa-apa tanggungan dan tidak dikira berdosa. Dengan kata lain, tidak perlu qadha’ puasa, kerana baginya, puasa adalah sesuatu kefarduan yang belum sempat ditunaikannya.
b. Jika dia mati dalam keadaan dia boleh mengerjakan puasa ganti, didalam hal ini kebanyakkan ulama’ mengatakan walinya tidak wajib menggantikan puasanya. Bagi Qaul Jadid Mazhab Syafie, tidak boleh seseorang itu menggantikan puasa orang lain, sama seperti solat. Menurut Mazhab Hanbali, hukum menggantikan puasa bagi waris adalah sunat ataupun mustahab (digalakkan). Menurut Mazhab Syafie (Qaul Jadid) dan Mazhab Hanbali, Wali wajib memberi makan bagi setiap puasa yang ditinggalkannya dengan secupak makanan [al-Fiqh al-Islami, cet ke 3, 2/681].
Soalan 1 : Hadith dari ‘Aisyah ra :-
“Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya” -[Hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pewaris hanyalah sunat atau mustahab mengqadha’kan bagi pihak ibu atau bapa yang telah meninggal. Waris itu termasuklah anak-anak yang bersedia berpuasa bagi pihak ibu-bapanya. Sebagaimana yang dinyatakan, jika dibahagi-bahagikan puasa yang terhutang sebanyak 60 hari dengan 6 orang anak, maka setiap anak bolehlah melakukan 10 hari puasa qadha’ bagi pihak ibu-bapanya.
Soalan 2 : Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, maka bolehlah membayar fidyah keatashari-hari yang ditinggalkannya. Berkata Syiekh al-Qaradawi :-
“Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari-hari yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan”. [Fiqh al-Shiyaam, ms 76].
Jawatan Kuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang wanita tua yang tida berupaya berpuasa didalam bulan Ramadhan. Wanita tersebut berkeadaan terlalu tua dan sakit selama 3 tahun. Apa yang perlu dilakukan? Jawabnya :
“Jika begitu situasi yang dijelaskan, wanita tersebut wajib memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan pada masa 3 tahun tersebut, dengan memberi 1/2 saa’ gandum, kurma, beras, jagung atau apa sahaka makanan ruji (asasi) yang anda memberi makan kepada keluarga.” – [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161].
Kesimpulannya, hendaklah membayar fidyah sebanyak hari yang ditinggalkan, dan tidak perlu lagi mengqadha’kan puasa tersebut. WA.
Sekian, wassalam
sumber : http://soaljawab.wordpress.com/2010/01/26/menggantikan-puasa-ibu-bapa/

ceramah ustaz Haji Kamaruddin Abdullah : "tuan-tuan,puan-puan,kenapa kita tak meletakkan Rasulullah S.A.W. sebagai idola kita? idola yang cukup sempurna baik dari segi akhlah,ilmu,peranan sebagai suami dan juga pemimpin kepada semua penduduk Mekah ketika tu.. sebaliknya,sedih saya tengok anak-anak muda sekarang ni lebih bangga jadikan artis-artis sebagai sumber inspirasi depa.kalau kita tengok balik,seorang penulis buku berbangsa kristian Michael H. Hart dah terbitkan satu buku yang tajuk dia 100 tokoh paling berpengaruh di dunia.dia meletakkan Rasulullah sebagai tokoh yang pertama..SubhanaAllah..hebat tak tuan2 puan2? sedangkan orang bukan Islam sendiri kagum dengan Baginda,ni kan pulak kita..Allahuakhbar.." 


Pada tahun 1978, Michael H. Hart telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah. Ia menyenaraikan kedudukan 100 orang tokoh, yang dalam pendapatnya, merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah. Walau bagaimanapun, telah nyata yang Dr. Hart bukanlah menyenaraikan tokoh yang teragung malah menggunakan kriteria berpengaruh.





No.NamaPengaruh/Peranan
1Muhammad S.A.WPengasas Islam, penakluk Tanah Arab
2Isaac NewtonAhli fizik, penemu teori kegravitian semesta dan hukum gerakan
3Isa A.S/JesusPembawa asal agama Nasrani
4Siddharta Gautama (Buddha)Membawa fahaman Buddha
5ConfuciusPengasas fahaman Konfusianisme
6St. PaulPenyebar agama Kristian
7Ts'ai LunPencipta kertas
8Johann GutenbergMemajukan mesin percetakan; memperkenalkan percetakan Bible
9Christopher ColumbusPelayar; Pemula ekspedisi rakyat Eropah ke Amerika
10Albert EinsteinAhli fizik, penemu teori kerelatifan dan Fizik Einstein
11Louis PasteurAhli sains, penemu proses pempasteuran
12Galileo GalileiAhli astronomi, mengembangkan teori sistem suria heliosentrik (berpusatkan matahari)
13AristotleAhli falsafah Yunani berpengaruh
14EuclidAhli matematik, memperkenalkan geometri Euclid
15MusaNabi bagi penganut Yahudi, Nasrani dan Islam
16Charles DarwinAhli biologi, menerangkan teori evolusi
17Shih Huang TiMaharaja China
18Augustus CaesarMaharaja Empayar Rom
19Nicolaus CopernicusAhli astronomi, mengusulkan sistem suria heliosentik
20Antoine Laurent LavoisierBapa kimia moden, ahli falsafah dan ekonomi
21ConstantineMaharaja Rom yang mengiktiraf Kristian sebagai agama rasmi negara
22James WattMemajukan enjin wap
23Michael FaradayAhli fizik, kimia dan penemu aruhan magnet-elektrik
24James Clerk MaxwellAhli fizik, penemu spektrum elektromagnet
25Martin LutherPengasas mazhab Protestan dan Lutheranisme
26George WashingtonPresiden pertama Amerika Syarikat
27Karl MarxPengasas Marxisme, Komunisme Marxisme
28Orville dan Wilbur WrightPencipta kapal terbang
29Genghis KhanPenakluk Mongol
30Adam SmithAhli ekonomi, falsafah, menerangkan kapitalisme, pengarang The Thoery of Moral Sentiments
31Edward de Vere/William ShakespeareSasterawan, juga menulis 6 jilid buku falsafah dan keagamaan
32John DaltonAhli kimia, fizik, mengembangkan teori atom dan hukum tekanan separa (Hukum Dalton)
33Alexander yang AgungPenakluk, putera Makedonia
34Napoleon BonapartePenakluk, maharaja Perancis
35Thomas EdisonPencipta mentol lampu, fonografi, dll.
36Antony van LeeuwenhoekMemperkembangkan mikroskop, mengkaji hidupan mikroskopik
37William T.G. MortonPerintis anestesiologi (pelalian)
38Guglielmo MarconiPereka radio
39Adolf HitlerPenakluk, peneraju Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua
40PlatoPengasas fahaman Platonisme
41Oliver CromwellKetua politik dan ketenteraan British
42Alexander Graham BellPencipta telefon
43Alexander FlemingPenemu penisilin, ahli bakteriologi, imunologi dan kemoterapi
44John LockeAhli falsafah dan fahaman liberal
45Ludwig van BeethovenAhli muzik dan pengarang lagu
46Werner HeisenbergPenemu mekanik kuantum, prinsip ketidakpastian, ketua program nuklear Nazi Jerman
47Lousi DaguerrePenemu/pencipta fotografi
48Simon BolivarWira kebangsaan Venezuela, Colombia, Peru, Equador dan Bolivia
49Rene DescartesAhli matematik dan falsafah rasional
50MichelangeloAhli seni, pelukis, arkitek dan pengukir
51Paus Urban IIMenyeru Perang Salib pertama
52Umar ibni Al-KhattabKhalifah kedua, meluaskan empayar Islam
53AsokaRaja India yang menganut dan menyebarkan Buddha
54St. AugustineAhli agama Kristian awal
55William HarveyMengembangkan sistem kitaran darah, menulis asas bagi embriologi moden
56Ernest RutherfordAhli fizik, perintis fizik subatom
57John CalvinPembentuk semula Protestan, pengasasn Calvinisme
58Gregor MendelMemperkenalkan genetik Mendelian
59Max PlanckAhli fizik dan pakar termodinamik
60Joseph ListerMenemui antiseptik
61Nikolaus August OttoMembina enjin pembakaran 4 lejang pertama
62Francisco PizarroPenakluk Sepanyol di Amerika Selatan dan menewaskan kaum Inca
63Hernando CortesMenguasai Mexico untuk Sepanyol, memusnahkan tamadun Aztec
64Thomas JeffersonPresiden ketiga Amerika Syarikat
65Ratu Isabella IPemerintah Sepanyol yang mengizinkan Christopher Columbus belayar
66Joseph StalinPemimpin revolusi Kesatuan Soviet
67Julius CaesarPenakluk, diktator Rom
68William si PenaklukPenakluk, mengasaskan England moden
69Sigmund FreudMengasaskan sekolah psikologi/psikoanalisis Freudian
70Edward JennerPenemu vaksinasi bagi campak
71Wilhelm Conrad RoentgenPenemu sinar X
72Johann Sebastian BachAhli muzik, penggubah lagu
73Lao TzuPengasas fahaman Taoisme
74VoltairePenulis dan ahli falsafah, menulis Candide
75Johannes KeplerAhli astronomi, menerangkan pergerakan planet dalam Hukum Kepler
76Enrico FermiMemulakan zaman atom, bapa bom atom
77Leonhard EulerAhli fizik, matematik, kalkulus pengkamiran dan pembezaan
78Jean-Jacques RousseauPengarang dan ahli falsafah
79Niccoló MachiavelliMenulis the Prince, risalah politik berpengaruh
80Thomas MalthusAhli ekonomi, penulis Essay on the Priciple of Population
81John F. KennedyPresiden Amerika Syarikat yang mengetuai usaha manuisa untuk ke "planet" lain.
82Gregory PincusAhli endokrinologi, meperbaiki pil pencegah kehamilan
83ManiPengasas Manicheanisme
84LeninPemimpin Rusia
85Sui Wen TiMenyatukan China
86Vasco Da GamaAhli pelayaran, menemui jalan ke India melalui Tanjung Harapan
87Cyrus yang AgungPengasas empayar Parsi
88Peter yang AgungMemasukkan Rusia ke dalam negara-negara Eropah
89Mao ZedongMembentuk fahaman Maoisme, satu bentuk komunisme China
90Francis BaconAhli falsafah, menerangkan secara induktif akan kaedah ilmiah
91Henry FordMemajukan automobil, pencapaian dalam pengilangan
92MenciusAhli falsafah, menubuhkan sekolah Konfusianisme
93ZoroasterMengasaskan agama Majusi (Zoroastrianisme)
94Ratu Elizabeth IPemerintah England, mengembalikan kuasa Gereja England selepas Ratu Mary
95Mikhail GorbachevPerdana Menteri Rusia yang membantu menamatkan komunisme di Kesatuan Soviet
96MenesMenyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir
97CharlemagnePembaptisannya mendorong kepada terciptanya Empayar Rom Suci pada 800 Masihi
98HomerPemuisi epik
99Justinian IMaharaja Rom, menakluk kembali empayar Mediterranean
100MahaviraPengasas fahaman Jainisme


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/100_(buku)

ayu : "kalau tak sure baik tengok lain,satgi dok wat pala seniri,salah kan naya ja.."



Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.





Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


sumber : http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm

ok kawan2,mesti pelik kan? cm apa la motif ayu bagi suma2 ni.hehe.tak,xtually ayu nk shre serba sikit ilmu yang ayu sniri baru tao hari ni melalui perbualan ayu gn ibu ayu,dgq cermah kat rdio gn bnda yg trlintas kat hati ayu. dalam kita xsedaq,sebenaqnya setiap bnda yg kita buat stiap hari mrupakan satu ilmu bagi kita.cntohnya,mcm yg ayu smbang2 gn ibu ayu tdi la,asai smbang ja,tp bla dh musykil,n xsure,maka akan jadi stu ilmu baru bla kita cuba cari jwapan dy :) so,jgn pnah anggap hdup kita stiap hari adlah membosankan,terutamanya budak2 yg tgh cuti mcm ayu ni la.hehe.tao sbb pa? sbbnya,melalui perjalanan dan urusan hidup seharian kita ni la bawak kita pada macam2 ilmu baru yg mngkin kita xtao,xsure,or xingat..even bla kita ckap sorg2 pn or ada apa2 yg trlintas kat fkiran kita,bley jdi ilmu kat kita kalu cba cri jwpan pda stiap prsoalan yg kita tmbulkan. dapat x mksd ayu? hehe.. suma dh bsaq kn,msti pham,InsyaAllah. sesungguhnya ilmu Allah tu ckup luas,xkan hbeh untuk kita teroka..maka bersyukurlah bila Allah bagi kita ksmpatan utk kita tao serba skit ilmu milikNya :) Alhamdulillah..

k,ayu rsa takat ni ja kot prkongsian ayu utk hri ni.hrap2 sama2 dpat manfaat utk kita truskan khdupan sbgai hamba Allah kat ats muka bumi ni.InsyaAllah..

Comments

  1. Assalamualaikum..ayu thanx atas perkongsian tu.. btw sori ieja nak tnya soalan mcm xcerdik sket soalan ni..apa besa jamak takdim n jamak ta'qir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..sma2 :)ieja ni xpyah la ckap cm2,kalu xcrdik xjd la soalannya,kn? hehe.. jamak taqdim tu kira kita kmpulkn 2 wktu solat di awl wktu,cntohnya asar kita wat wktu zhor,isyak kta wat wk2 mgrib.kalu jamak ta'qir plak,sbliknya,zhor di wk2 asar,mgrib di wk2 isyak..utk jamak ta'qir,kita kna niat siap2 di wktu awl kata nk wat solat tu di wktu yg kdua.cntohnya niat dlm hti : aku nk wat zhor wktu asar stg la (cntoh ja.tp mke sure waktu zohor x brakhir lg.hehe)
      harap2 ieja pham,ayu xpndi gt nk explen ni.hehe.

      Delete
  2. owh..ok2..kan kiranya jamak taqdim tu kan ada dua niat..cntoh klu kita buat utk zohor nk asar kira kita himpunkan asr dlm wktu zohor la kn?tgk niat kt atas tu..kira kita solat zohor 2 rakaat asar dua rakaatkan?dua salam..so after salam untuk solat zohor tu kita niat yg himpun asar ke zohor tu pulak la ye?hhehehe..ayu phm x ieja tulis ni stg pening plak..

    ReplyDelete
  3. yup..jamak taqdim hmpunkan asar dlm wktu zohor.btoi la ap yg ieja ckap tu,kita solat zhor 2 rkaat,bgi slam then bgon utk wat asar plak 2 rkaat mcm mna niat yg ad kat ats tu la.hehe.qasar tu mksd dy kita pndekkan jmlah rakaat kita sbb Allah bgi kmdahan kat kita utk tunai slat.ayu pham ap yg ieja mksdkn,xpenin aih.hehe.cba ieja tgk blik,kalu kita wat zhor dlu,niat dy akn jdi "ilaihi" yg bwak mksd dihimpunkan solat asar kpdanya,kalu utk bgon wat asar plak akn jdi "ila" yg bwak mksd dihimpunkan kepada zohor,cba ieja bca tkrif dlm bm,ieja mybe akn fham lgi kot.bza dy kat stu la,ilaihi gn ila :) harap mmbantu..

    ReplyDelete
  4. ok2..thanx sangat.memang sangat membantu.dah lama belajaq sampai lupa habeh.dah ada kawan ieja ni tak payah la pi google dah..hehehe.thanx ayu really help me..=D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts