bingkisan hati abah untuk angah

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, pgi td ayu bru ja hbeh fnal bi,1st pper 4da dis sem..mga2 dpat yg terbaik..amin..hm,ayu nk kongsi surat yg ayu bru ja trima dri abah kesayangan ayu :) surat yg begitu mnyentuh hati.. bingkisan hati abah untuk angah .. k,1st of all,ayu mnx maaf la,k ayu brlaku jjur,ni bkan surat dri abah ayu,tapi surat dri seorang ayah kpda anak kesayangannya,n ayu rsa xslah untuk ayu gntikn ayah kpda  abah, anakanda kpda angah since bnda tu wat hati ayu lgi trsentuh n btoi2 hayati stiap stu nshat yg ad dlam surat tu :') ok,slmat membaca ya!



Assalamualaikum,
Apa khabar angah di sana? abah doakan semoga angah ceria semasa membaca surat ini. Maafkan abah kerana masih ketinggalan zaman. Perkara yang sepatutnya diberikan melalui e-mel, abah hantarkan melalui surat. Salah abah juga kerana tidak bertanya e-mel baru angah.
Ringkaslah ceritanya, abah  sudah tahu kisah angah daripada ibu. Kisah manis hati angah. Namun janganlah angah khuatir sehingga surat abah ini  angah berhenti baca, kerana  abah bukanlah mahu marah, bukan juga mahu mengarah-ngarah angah yang sudah dewasa, melainkan  abah cuma mahu bercerita kepada angah berkenaan apa dalam hati abah ini.
 abah yakin dan sangat percaya, angah adalah anak yang solehah, yang taat kepada agama. Namun pada usia angah, abah juga tahu suatu perkara, angah dalam diam sedang berperang dengan perasaan di dalam dada.
abah khuatir betul dengan perkara yang namanya cinta. Walaupun sudah abah jelaskan, dan walaupun puas ibu terangkan kepada angah berkenaan cinta, pasti ada ketika hati angah  terdetik juga mahu mencuba apa rasanya cinta, dan  abah tahu sudahlah datang waktu itu kepada angah.
Janganlah salahkan ibu kerana memberitahu abah , tetapi abah jugalah yang salah kerana setiap hari abah bertanya tentang kamu daripada ibu.ibu kamu itu sangat taat kepada abah , dan tidak mungkinlah dia mampu merahsiakan sesuatu pun daripada abah.
Ingat lagi abah , pada ketika angah baru empat tahun dan angah mahu membeli belon warna merah. abah belikan dan angah sangat gembira. angah terus berlari-lari dengan belon merah di tangan sambil ketawa riang. Malangnya, belon angah pecah tergeser daun lalang.angah menangis, dan abah sekuat hati memujuk angah dan waktu itu walaupun angah sangat kecewa, marah dan sedih tetapi tetap juga angah terpujuk dengan kata-kata abah.
Terpujuk apabila abah mengangkat angah tinggi dan meletak angah pada bahu abah . angah gembira, dan tangisan pun mereda.
Namun kini, apa yang abah takutkan semasa angah umur empat tahun, terjadi lagi. Bukan lagi belon yang pecah tetapi akankah hati angah yang pecah? Itulah yang abah khuatirkan tentang angah, pada ketika umur angah sudah tidak mungkin abah meletak angah pada bahu abah , itu juga bermakna angah tidak mungkin lagi terpujuk.
Itulah cinta sebelum nikah, ia seperti belon merah yang angah inginkan semasa kecil. Ia lembut, ia menggoda dan ia nampak manis. Namun hakikatnya, ia sangat nipis, dan banyak perkara mampu membuatnya pecah pada ketika angah membawanya berjalan di jalan penuh lalang.
angah, tahan-tahan dahulu perasaan kamu itu. Jangan ditunjuk kepada si lelaki sehingga angah terlihat murah. Sekiranya angah mampu menahan rasa rindu kepada ibu dan abah di sini, apalah sangat menahan rasa suka kepada lelaki yang entah siapa.
Banyakkan ingat Allah sayang. Banyakkan menyebut namanya. Berzikirlah, bertahmidlah, bertasbihlah dan bertakbirlah. Banyakkan membaca ayat-ayat-Nya. Kerana hanya kepada Dia angah dapat bergantung dengan sepenuh hati selepas abah dan ibu jauh dari angah.
Janganlah pula angah menyangka abah  ini kolot orangnya sehingga tidak mahu angah bercinta. Tidak salah angah bercinta, cuma bagi setiap perkara akan ada masanya yang tepat. Seperti embun yang lembut, tidaklah ia turun ketika matahari sudah tegak di kepala, tidak juga turun pada ketika matahari condong ke barat, ia turun pada waktunya yang tepat, walaupun singkat tetapi itulah yang terindah untuknya.
Sedangkan embun di hujung daun pun punya waktu, apatah lagi cinta yang lebih besar daripada itu. Sekiranya angah bertanya, bila waktu yang tepat untuk yang bernama cinta? Jawab abah , pada ketika semuanya sudah bersedia.
Cinta itu angah, bukan sekadar hati yang bersedia menerima dan memberi tetapi, fikiran juga perlu bersedia, emosi perlu bersedia, fizikal perlu bersedia, dan paling utama, adakah pasangan angah itu juga sudah bersedia untuk semuanya? Bersedia menerima dan memberi? Pada ketika hanya hati yang bersedia, pada ketika itulah cinta itu umpama belon yang mudah pecah.
Pada ketika angah sudah tidak mampu menahan rasa hati, ingatlah angah abah dan ibu di sini. Jaga air muka kami dengan menjaga air muka angah, jaga maruah kami dengan menjaga maruah angah, dan jaga akhirat kami dengan menjaga akhirat angah. Ingat jugalah, jodoh itu terkadang datang lebih awal daripada cinta.
Sekiranya angah  berasa surat abah  ini sudah keterlaluan, ketahuilah, abah  memang keterlaluan dalam soal sayang dan kasih kepada angah . Sayang  abah  dan ibu kepada angah, keterlaluan sepertinya matahari yang terik, bukannya seperti matahari pagi tidak juga seperti matahari senja.
Sekiranya keterlaluan sayang dan kasih itu salah untuk angah, maafkan abah  kerana abah  tidak mampu untuk mengurangkannya. Tidak mampu walaupun sekuman. Baik buruk angah, angah tetaplah permata dalam hati abah . Kerana angah sudah memegang hati kecil abah  ini sehinggalah saat abah  mati, sedang abah  hanya mampu memegang tangan angah semasa angah masih kecil.
Akhir kata, semoga angah sudah mengerti sedikit hati abah . Tidak banyak, sedikit pun itu sudah membuat abah  tersenyum. Jadi jaga diri angah, kerana abah dan ibu sudah setiap waktu mendoakan kesejahteraan angah dengan air mata. Sekiranya tidak mungkin abah  memegang dan memimpin tangan angah sekarang, izinkan abah  memegang dan memimpin angah dalam doa abah .
Salam sayang, abah.
...............................................................................................................................................

:( sedihnya ayu...hrap hati ini tidak berubah stelah mndapat petunjuknya..InsyaAllah..terima kasih abah.. 
salam sayang, angah 
hidup ini terlalu panjang perjalanannya...

Comments

  1. Replies
    1. sdey kn? tu la,rsa insaf skit bila dh gntikn gn pnggilan sndri :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts